
Hah mari mari kite bersambung nih ada sikit tips-tips pasal ikan di parit pulak kali ini.
Ikan Puyu,Seluang,Putih,Patung,Tebal Sisik,Ikan Lampam-kalu ikan puyu la kan selalunya umpan yang paling senang dan mujarab pakai cacing je tepi longkang pon boleh cari.Wait ada lagi satu, tapi satu ja yang tak tahan nak cari umpan ni kerengga campur telor tak tahu la makan ke tidok, tapi pernoh try satu kali dan agak berkesan.Diantara umpan -umpan yang lain ialah cengkerik,belalang,anak lipas,anak lipan,ulat buah dan sebagainya.
Ikan Keli,Ikan Temekong,Ikan Baung-nak efektif sikit pakai cengkerik mesti ada yang menyambar,selain itu umpan cacing pun boleh jugak dan macam lagilah.Nak ikan besar taruk umpan perut ayam.
Ikan Haruan,Ikan Bujuk-anak keli pun efektif jugak,cacing pun boleh tapi mengikut kawasan kerana ada ikan haruan yang jenis malas nak memburu kira nak makan senang je,cengkerik boleh,anak berudu pun boleh.
Okey, harap bila try dapat kot seekor dua ekor mungkin.
Jumpa lagi dan bersambung lagi nanti!